Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pelanjutan Konsesi Penswastaan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

Pertanian
Kontrak Pengurusan
MAFS
RMKe-11
Pelbagai
,
- Konsesi penswastaan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) telah dilanjutkan selama 10 tahun bermula pada 11 Januari 2021 sehingga 10 Januari 2031.
- Obligasi sosial BERNAS adalah seperti berikut:
- Menyimpan dan mengurus stokpail beras negara pada paras kuantiti yang ditetapkan oleh Kerajaan;
- Bertindak sebagai pembeli terakhir padi daripada pesawah pada harga minima terjamin;
- Menguruskan pembayaran subsidi kepada petani di bawah Skim Subsidi Harga Padi (SSHP);
- Menguruskan Skim Pengilang dan Pemborong Beras Bumiputera Serta Koperasi Petani;
- Memperuntukkan dana bagi jentera dan mekanisasi padi;
- Membangunkan sawah berskala besar;
- Menyediakan peruntukan khas stokpail benih padi sah;
- Menyumbang kepada Tabung Bencana Tanaman Padi;
- Menyediakan peruntukan khas bagi pembangunan Sistem Maklumat Industri Padi dan Beras; dan
- Menyediakan peruntukan khas bagi pengurusan nutrien tanah sawah.
