Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Semula Taman Ikan Emas, Cheras, Kuala Lumpur

Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan
Pertukaran Tanah
JWP / DBKL
RMKe-11
Kuala Lumpur
- Pembangunan Semula
Taman Ikan Emas, Cheras, Kuala Lumpur bertujuan untuk memacu inisiatif
pembaharuan bandar yang komprehensif melalui transformasi kawasan perumahan
lama kepada perbandaran moden yang lebih berdaya huni dan lestari di koridor strategik
Cheras.
- Perjanjian telah ditandatangani dengan syarikat
Retro Highland Sdn. Bhd. pada 7 Mei 2018 bagi tempoh selama 10 tahun.
- Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan standard
kualiti hidup penduduk melalui penyediaan unit kediaman yang lebih luas dan
selesa serta dilengkapi kemudahan fasiliti bersepadu yang memenuhi keperluan
komuniti bandar pada masa kini.
- Selain itu, inisiatif ini dapat mengoptimumkan
nilai hartanah dan potensi guna tanah di Kuala Lumpur melalui integrasi
komponen pembangunan bercampur yang menyokong pertumbuhan ekonomi setempat
serta memperkukuh infrastruktur sosial bandaraya.
|
STATUS
SEMASA |
- Pada masa ini syarikat sedang menyiapkan projek membina 2 blok pangsapuri (11920 unit perumahan rakyat mampu milik yang terdiri daripada:
- Blok 1 : 567 unit pangsapuri 45 tingkat
- Blok 2 : 625 unit pangsapuri 45 tingkat
- 9 tingkat tempat letak kereta
- 1 tingkat ruang kemudahan mekanikal dan elektrikal
di atas Lot PT 50053, Jalan 3/89a, Bandar Tun Razak,
Cheras, Kuala Lumpur.
