Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Hospital Pengajar UiTM Puncak Alam

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
RMKe-11
Puncak Alam, Selangor
,
- Hospital pengajar ini mula dibina pada April 2017 di atas tapak seluas 11.3 hektar dan pembinaan siap pada 2020. Hospital ini mula beroperasi pada 5 April 2021.
- Hospital ini menempatkan sebuah bangunan hospital sepuluh tingkat yang berkapasiti 400 katil, 98 klinik pakar, 17 dewan bedah, 17 wad, 16 mesin dialisis serta fasiliti pembelajaran yang dapat menampung sehingga 750 mahasiswa
- Hospital pengajar ini bukan sahaja dilihat sebagai pusat penyebaran ilmu perubatan, malah turut berfungsi sebagai hospital biasa yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta pada masa yang sama menjadi pencetus kepada usaha mewujudkan inovasi dalam bidang sains dan perubatan.
- Hospital Pengajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dinamakan semula kepada Hospital Al-Sultan Abdullah pada 23 Julai 2022.
