Penswastaan Perkhidmatan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan (Zon Sabah)
Perkhidmatan Kerajaan
Kontrak Pengurusan
Kementerian Kerja Raya (KKR)
RMKe-11
Sabah
,
Syarikat Lintasan Resources Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan persekutuan di Sabah iaitu di kawasan Pantai Barat sepanjang 620.448 kilometer dan kawasan Pantai Timur sepanjang 567.550 kilometer.
Kerja-kerja penyenggaraan adalah merangkumi kerja rutin termasuk menampal jalan berlubang, memotong rumput dan menyelenggara bahu jalan, jambatan, pembetungan, saliran dan pemeriksaan; kerja kecemasan, berkala pavemen dan berkala bukan pavemen selama 10 tahun bermula September 2018 hingga 31 Ogos 2028.