Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Pangkalan Kapal Diraja Sri Medini dan Unit Pengawasan Senggaraan Pasir Gudang di Sungai Lunchoo, Mukim Plentong, Johor

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pertahanan (MINDEF)
RMKe-11
Pasir Gudang, Johor
,
- Pembangunan Pangkalan KD Sri Medini bermula pada tahun 2016 dan siap dibina pada Mac 2020.
- Pangkalan ini mula beroperasi pada Mei 2020 dan menyediakan pusat latihan yang lengkap bagi Pasukan Simpanan Sukarela Biasa TLDM (PSSTLDM), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Pasukan Latihan Anggota Sukarela (PLAS). Ianya turut mempunyai keupayaan untuk memberikan latihan kepakaran dalam bidang perkapalan dan limbungan. Selain itu, pangkalan ini juga berfungsi untuk menempatkan pasukan Unit Pengawasan Senggaraan Zon Selatan.
- Pangkalan KD Sri Medini lengkap dibina dengan bangunan pentadbiran, penginapan untuk pegawai, anggota serta pelatih dan juga mempunyai kemudahan rekreasi dan riadah.
- Projek ini memenuhi keperluan keselamatan perairan negara di Selatan Semenanjung selaras dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia.
