Pembangunan Semula Perumahan Awam Razak Mansion di Jalan Sg. Besi, Kuala Lumpur
Perkhidmatan Kerajaan
Pertukaran Tanah
JWP / DBKL
RMKe-10
Kuala Lumpur
,
Pembangunan semula Perumahan Awam Razak Mansion yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula pada bulan Disember 2014 dan siap sepenuhnya pada bulan Disember 2016. Matlamat pembangunan ini adalah untuk menyokong usaha Kerajaan memperbaiki kawasan bandar dan menyediakan perumahan yang lebih mampu milik serta berkualiti untuk penduduk Kuala Lumpur
658 penduduk asal Perumahan Awam Razak Mansion masing-masing menerima sebuah unit pangsapuri baharu dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang berkeluasan 800 kaki persegi dan satu unit parkir kenderaan. Selain itu, pelbagai kemudahan lain seperti tempat letak kereta pelawat, dewan orang ramai, surau, tadika, pejabat persatuan penduduk, pondok polis, 23 buah kedai dan 110 lot pasar disediakan untuk kegunaan bersama.
Pembangunan semula projek ini melalui PPP dapat membantu Kerajaan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Selain itu, pembangunan ini juga memberi peningkatan kualiti hidup dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan unit kediaman yang lebih luas serta pelbagai kemudahan.