Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pangkalan Data Biometrik Warga Asing & Sistem Nexcode Keselamatan Negara (NERS)


Maklumat & Komunikasi


Bina-Selenggara-Kendali-Pindah (BMOT)


KDN - Jabatan Imigresen Nasional


RMKe-10


Semua pintu masuk/keluar atau sempadan negara


-

·         Pangkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Nexcode Keselamatan Negara (National Enforcement and Registration Biometric System (NERS)) adalah satu sistem yang digunakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mendaftar maklumat peribadi dan cap jari bagi urusan kemasukan dan keluar warga asing ke/dari Malaysia.

·         Sistem ini digunakan oleh JIM bagi urusan pemantauan dan kawalan di semua pintu masuk/keluar serta sempadan negara merangkumi fungsi capaian maklumat warga asing seperti pembaharuan visa, permohonan visa untuk tinggal di dalam negara, program pemutihan, pengampunan, penguatkuasaan dan pengusiran.

·         Tempoh konsesi adalah selama 12 tahun.

·         Inisiatif ini sejajar dengan perancangan Kerajaan untuk memastikan pemantauan dan penguatkuasaan urusan warga asing di negara ini berada pada tahap yang optimum.

·         Setelah konsesi tamat pada 2023, JIM menggantikan sistem NERS dengan sistem baharu iaitu MyIMMs.