Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Perjanjian Konsesi bagi Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Bagi Semenanjung Malaysia - Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan, Melaka)


Perkhidmatan Kerajaan


Kontrak Pengurusan


KPKT - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara


RMKe-10


Johor, Negeri Sembilan, Melaka


,

  • SWM Environment Sdn. Bhd. merupakan syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di isi rumah dan yang serupa dengannya dan pembersihan awam di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Syarikat bertanggungjawab menjalankan pengutipan 2 kali seminggu untuk kutipan sisa baki seperti sisa organik dan sisa yang tidak boleh dikitar semula manakala 1 kali seminggu kutipan bagi sisa pukal, sisa kebun dan sisa yang boleh dikitar semula. Bagi aktiviti pembersihan awam seperti pemotongan rumput dilaksanakan 2 kali sebulan, pembersihan longkang awam sekali sebulan dan pembersihan jalan protokol, jejantas, jejambat dan terowong dilaksanakan setiap hari.
  • Penswastaan perkhidmatan projek ini adalah untuk memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih sistematik, berkesan dan mesra alam bagi tujuan mengekalkan dan meningkatkan kesihatan awam dan sanitasi awam dan perlindungan alam sekitar di negeri-negeri tersebut.