Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Projek Pembangunan Hospital Wanita & Kanak-kanak

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
RMKe-10
Kuala Lumpur
,
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Hospital Tunku Azizah (HTA)) beroperasi sepenuhnya pada 16 Ogos 2019 sebagai hospital rujukan kebangsaan dan pusat kecemerlangan perkhidmatan perawatan kesihatan, khusus untuk wanita dan kanak-kanak. Hospital ini menawarkan perkhidmatan kepakaran bagi obsterik, ginekologi dan pediatrik.
- Hospital dilengkapi 600 katil, iaitu 378 katil untuk pediatrik dan 222 katil untuk obstetrik dan ginekologi serta merangkumi 24 katil untuk Unit Penjagaan Rapi (ICU), 32 katil untuk Unit Penjagaan Pediatrik (PICU), 50 katil untuk penjagaan rapi neonatal, 16 katil untuk ‘bone marrow transplant’ dan lapan katil untuk ‘pediatric burn bath’.
- Ia dilengkapi dengan tiga unit dewan bedah ginekologi, sembilan unit dewan bedah pediatrik termasuk satu satu unit dewan bedah hybrid neuro, dua unit bersalin, lapan suit kemoterapi bagi ginekologi dan satu pusat perubatan reproduktif
