Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Konsesi Baharu Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN) 1Gov*Net 2.0

Maklumat & Komunikasi
Bina-Kendali-Milik (BOO)
JPM - MAMPU
RMKe-10
Pelbagai
-
- Konsesi Baharu Perkhidmatan Rangkaian Telekomunikasi
Bersepadu Kerajaan MyGov*Net (MyGov*Net 2.0) bertujuan menyediakan rangkaian
internet yang selamat di premis pejabat Kerajaan bagi menyokong transformasi
digital, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan
kepada rakyat secara lebih efisien dan pantas.
- Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat
konsesi GITN Sdn. Berhad pada 1 Januari 2023 bagi tempoh selama 10 tahun
konsesi.
- Inisiatif ini sejajar dengan perancangan Kerajaan untuk
memacu ketersambungan rantaian perkhidmatan awam melalui penyediaan rangkaian
telekomunikasi yang selamat dan bersepadu, menghubungkan pelbagai agensi Kerajaan
di bawah satu ekosistem digital yang holistik.
- Rangkaian internet yang disediakan adalah merangkumi:
o rangkaian di seluruh negara;
o rangkaian untuk pejabat Kerajaan di Putrajaya
dan Cyberjaya;
o rangkaian pejabat Kerajaan di luar negara;
o perkhidmatan awan (cloud) Kerajaan;
o 10 jenis perkhidmatan pilihan; dan
o 6 jenis sistem sokongan.
