Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Bangunan-Bangunan Kerajaan di Parcel F, Presint 1, Putrajaya

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
JPM - PUTRAJAYA
RMKe-10
Putrajaya
,
- Parcel F di Presint 1, Putrajaya adalah kompleks Pejabat Kerajaan yang terdiri daripada 10 blok merangkumi 9 blok menara pejabat serta 1 blok kemudahan berkongsi (termasuk dewan serbaguna, surau dan kafeteria). Parcel F mampu menempatkan lebih 5,800 kakitangan kerajaan dengan fasiliti parkir berkapasiti 2,800 kenderaan.
- Tarikh penerimaan bangunan adalah pada 25 November 2019. Parcel F mempunyai keluasan kira-kira 33.47 ekar dan dikelilingi oleh Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah di barat, Lebuh Perdana Timur di selatan, PUSPAHANAS di utara dan Sekolah Sultan Alam Shah dan Gas District Cooling Plant 1 di sebelah timur.
- Projek ini merupakan projek pertama kerajaan yang mengaplikasikan Building Infomation Modelling dari peringkat rekabentuk sehingga ke peringkat pengurusan fasiliti. Selain itu, projek ini turut mencapai penarafan “Gold” dalam indeks bangunan hijau (GBI).
