Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Perjanjian Tambahan Kedua Kepada Perjanjian Bangunan Kerajaan di Putrajaya : Suruhanjaya Pilihanraya

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Pindah (BLT)
JPM - PUTRAJAYA
RMKe-10
Putrajaya
,
- Bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya merupakan salah satu daripada skop di bawah Perjanjian Konsesi bangunan Kerajaan di Putrajaya yang mula dimeterai melalui perjanjian konsesi utama bangunan Kerajaan di Putrajaya pada 30 September 1999.
- Bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya telah siap dibina oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. pada 17 Disember 2014 mengguna pakai model penswastaan Bina-Pajak-Pindah (BLT) dengan tempoh konsesi selama 25 tahun.
- Terletak di tengah kawasan pentadbiran utama bangunan Kerajaan Putrajaya bersebelahan dengan bangunan kompleks Kementerian Kewangan, bangunan ini mengambil ilham reka bentuk unik berlandaskan peti undi pilihan raya dengan bertemakan ciri-ciri moden menjadikan bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya sebagai bangunan Kerajaan yang unik dan moden.
