Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembangunan Asrama bagi 2,500 Pelajar Politeknik di Malaysia:Cadangan Pembangunan Asrama untuk 2,500 Pelajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak


Perkhidmatan Kerajaan


Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


RMKe-10


Ipoh, Perak


,

  • Politeknik Ungku Omar melatih lepasan sekolah yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) untuk menjadi pekerja TVET yang mahir dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat.
  • Bagi memenuhi sasaran enrolmen 150,000 pelajar ke politeknik sepenuh masa di seluruh Malaysia pada 2015, pembangunan kemudahan penginapan pelajar (asrama) diluluskan pelaksanaan secara PPP bagi menampung tambahan asrama berkapasiti 10,000 orang di 7 politeknik.
  • Kerja-kerja pembinaan blok asrama Politeknik Ungku Omar yang mampu menampung sejumlah 2,500 pelajar, kafeteria, pencawang elektrik, rumah sampah dan pondok pengawal bermula pada 10 Oktober 2013 dan telah siap pada 6 April 2016.
  • Melalui kaedah PFI, syarikat konsesi bertanggungjawab membina dan menyenggara asrama yang siap dibina bagi tempoh jangka panjang. Pembinaan asrama ini merupakan usaha pihak kementerian untuk meningkatkan penginapan pelajar politeknik seperti yang disasarkan.