Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Hospital Pengajar UIAM International Islamic University Malaysia (IIUM), Kampus Kuantan, Pahang

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
RMKe-10
Kuantan, Pahang
,
- Hospital Pengajar UIAM mula dibina pada 10 Julai 2012 di tapak seluas 11 hektar dan mula beroperasi secara rasmi pada 20 Julai 2016.
- Hospital ini mempunyai kemudahan 300 katil pesakit, 16 klinik pakar, 20 bilik pembedahan, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU), Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) dan bilik bersalin. Hospital ini juga mempunyai seramai 133 orang konsultan dan pakar perubatan.
- Hospital ini berkeupayaan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada 735 mahasiswa serta menampilkan pelbagai disiplin perubatan termasuk pembedahan, subkepakaran perubatan yang berfungsi sebagai kemudahan klinikal dan tertiari utama untuk Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
- Hospital Pengajar UIAM dinamakan semula kepada Sultan Ahmad Shah Medical Centre pada 18 Mac 2020.
