Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembangunan Pusat Asasi (Fasa 3) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kampus Gambang, Pahang Darul Makmur


Perkhidmatan Kerajaan


Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


RMKe-10


Gambang, Pahang


,

  • Pusat Asasi UIAM Gambang ialah sebuah institusi pendidikan pra-universiti di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menawarkan program asasi dan berpusat di Gambang, Pahang. Pembangunan Pusat Asasi Gambang melibatkan beberapa fasa di kawasan seluas 150 ekar melalui kaedah peruntukan pembangunan (Development Expenditure – DE) dan juga PPP.Pembinaan Fasa 1 dan 2 dimulakan sejak 2010 dilaksanakan menggunakan peruntukan DE.
  • Pusat Asasi Fasa 3 UIAM dibangunkan menggunakan kaedah Private Finance Initiative (PFI) merangkumi pembinaan bangunan akademik, makmal, perpustakaan, pusat kemudahan pelajar, asrama, kafeteria, kemudahan sukan dan rekreasi serta kerja-kerja infrastruktur yang berkaitan, bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan pengajaran, pembelajaran dan kemudahan asrama kepada 5.000 pelajar yang melanjutkan pengajian ke UIAM.
  • Pembinaan siap sepenuhnya pada 2016 dan pembangunan secara PPP ini telah melengkapi 3 fasa pembangunan Pusat Asasi UiAM dan membolehkan pengoperasian Pusat Asasi UiAM bermula dalam memberikan kemudahan pra-pendidikan tinggi kepada pelajar.