Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Institut Latihan, UiTM Nilai, Negeri Sembilan (Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek, Nilai)

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
RMKe-10
Negeri Sembilan
-
- Projek pembangunan Institut Kepimpinan dan Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilaksanakan di bawah Inisiatif Pembiayaan Swasta oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bersama UiTM.
- Kerja-kerja pembinaan di atas tapak berkeluasan 31.3 ekar, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan telah bermula pada 2012 dan diserahkan kepada UiTM pada 21 Julai 2016. Skop projek merangkumi Bangunan Pentadbiran, Bangunan Akademik dan kemudahan penginapan berkapasiti 650 orang.
- Objektif pelaksanaan Projek adalah bagi :
- Menyediakan kemudahan kampus latihan kepada pensyarah dan kakitangan UiTM;
- Menyediakan kemudahan penginapan yang berkapasiti 650 orang; dan
- Membantu penjanaan sosio-ekonomi penduduk berdekatan lokasi pembinaan di Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
- Fungsi utama institut adalah untuk memastikan semua program latihan dan pembangunan insan memenuhi keperluan semasa UiTM, khususnya untuk melahirkan kakitangan yang mempunyai prestasi cemerlang serta kemahiran kepimpinan yang cemerlang.
