Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembangunan Institut Latihan Jabatan Kerja Raya Pusat Kecemerlangan Teknologi Nasional Malaysia di Atas Sebahagian Lot PT 2822, Mukim Taboh Naning, Daerah Alor Gajah, Melaka


Perkhidmatan Kerajaan


Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)


Kementerian Kerja Raya (KKR)


RMKe-10


Alor Gajah, Melaka


,

  • Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) merupakan projek pembinaan yang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta (PPP) melalui kaedah bina-pajak-selenggara-pindah oleh Syarikat Indera Persada Sdn. Bhd. Ianya dibina di atas tanah berkeluasan 110 ekar.
  • CREaTE telah berjaya disiapkan dan beroperasi pada 1 September 2016 di Alor Gajah, Melaka.
  • Pusat latihan ini merangkumi bangunan pentadbiran, perpustakaan, pusat pengajian, makmal penyelidik inovasi, makmal latihan dan simulasi, infrastruktur ICT dan komunikasi, dewan serbaguna, pusat pengurusan fasiliti yang mempunyai kemudahan penginapan, kemudahan am serta kemudahan sukan dan rekreasi.
  • Pusat ini mampu melatih seramai 30 ribu orang pegawai dan kakitangan teknikal JKR dari seluruh negara, selaras dengan hasrat JKR Malaysia untuk menjadi pembekal perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan.