Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Asrama bagi 1,500 Pelajar Politeknik di Malaysia:Cadangan Pembangunan Asrama untuk 1,500 Pelajar di Politeknik Kota Bharu, Kelantan

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
RMKe-10
Kota Bharu, Kelantan
,
- Politeknik Kota Bharu mula beroperasi di Kok Lanas, Kota Bharu pada tahun 1988. Bagi memenuhi sasaran enrolmen 150,000 pelajar ke politeknik sepenuh masa di seluruh Malaysia pada 2015, pembangunan kemudahan penginapan pelajar (asrama) diluluskan pelaksanaan secara PPP bagi menampung tambahan asrama berkapasiti 10,000 orang di 7 politeknik.
- Di Politeknik Kota Bharu, Kolej Kediaman Harmoni siap dibina pada tahun 2016 melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI) dan terdiri daripada tiga (3) blok yang mampu menampung seramai 1,500 pelajar.
- Setiap bilik di Kolej Kediaman dilengkapi peralatan seperti katil, tilam, kerusi, meja belajar dan almari pakaian. Kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan seperti kafeteria dan kedai runcit.
