Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembangunan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh: Universiti Teknologi Malaysia


Perkhidmatan Kerajaan


Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


RMKe-10


Pagoh, Johor


,

  • Hab Pendidikan Tinggi Pagoh merupakan hab pendidikan tinggi awam yang pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Hab ini menempatkan empat institusi pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir.
  • UTM di Pagoh mula dibina pada 2 Mei 2014 di atas tanah berkeluasan 50 hektar dan secara strategik di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, berhampiran dengan Persimpangan Pagoh di Lebuhraya Utara-Selatan. Kampus ini siap pembinaan dan mula beroperasi pada 1 Mei 2017.
  • Kampus UTM Pagoh merupakan salah satu entiti penyelidikan UTM yang menfokuskan kepada pembangunan agriteknologi inovatif, kesejahteraan dan teknologi hijau. UTM Pagoh boleh menempatkan 200 pelajar penyelidikan pasca siswazah khusus terutamanya dalam penyelidikan, inovasi dan menggabungkan kepakaran rentas disiplin, gabungan kekuatan pelbagai disiplin.