Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
RMKe-10
Pagoh, Johor
,
- Hab Pendidikan Tinggi Pagoh merupakan hab pendidikan tinggi awam yang pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Hab ini menempatkan empat institusi pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir.
- UTHM Kampus Pagoh terletak secara strategik di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, berhampiran dengan Persimpangan Pagoh di Lebuhraya Utara-Selatan.
- Fakulti yang terdapat di UTHM Kampus Pagoh termasuk Fakulti Sains dan Teknologi Gunaan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Pusat Pengajian Diploma.
- Universiti yang boleh menempatkan 5,000 pelajar ini mula dibina pada 2 Mei 2014 dan siap pembinaan dan mula beroperasi pada 1 Mei 2017.
