Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembangunan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh: Politeknik Pagoh dan Perkongsian Fasiliti


Perkhidmatan Kerajaan


Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


RMKe-10


Pagoh, Johor


,

  • Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) merupakan hab pendidikan tinggi awam yang pertama dan terbesar seumpamanya di Malaysia. Hab ini menempatkan empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir.
  • HPTP menfokuskan kepada pemerkasaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi melahirkan graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pemain industri.
  • Konsep pembangunan HPTP adalah secara berkelompok mengikut institusi dengan kemudahan guna sama berpusat. Tujuan konsep ini digunakan adalah untuk menyediakan kemudahan guna sama yang kondusif dan berteknologi terkini yang bertaraf antarabangsa dalam menyokong pembangunan pendidikan tinggi negara ini.
  • Kemudahan guna sama akan dikongsi bersama oleh setiap institusi yang berada di HPTP serta masyarakat setempat. Antara kemudahan yang disediakan termasuk pusat konvensyen, dewan auditorium, dewan serba guna, perpustakaan, masjid, pusat akuatik, pusat futsal, stadium, kafeteria, rumah tamu dan pusat data.
  • Dengan kaedah perkongsian fasiliti (shared facility) oleh empat IPTA, fasiliti yang lengkap dengan standard yang tinggi dapat disediakan dengan penjimatan kos pembinaan dan pengoperasian kepada Kerajaan. Ia juga telah menggalakkan penggunaan kemudahan secara optimum selain menerapkan budaya perkongsian fasiliti di antara IPT dan juga masyarakat setempat.