Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan Arena Sukan Kuala Lumpur (SkyArena Sports KL), Setapak, Kuala Lumpur

Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan
Pertukaran Tanah
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP)
RMKe-10
Setapak, Kuala Lumpur
-
- Pembangunan Semula di Lot 17899 Jalan Air Panas dan Lot
28372 Jalan Usahawan 6, Setapak Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) melalui pertukaran tanah untuk membangunkan kawasan tersebut.
- Perjanjian konsesi telah
ditandatangani dengan syarikat NTP World Sdn. Bhd.
- Perjanjian penswastaan telah ditandatangani dengan
syarikat NTP World Sdn. Bhd. Pada 11 April 2014.
- Komponen Projek ialah cadangan membina sebuah kompleks
sukan 11 tingkat yang mengandungi 1 tingkat bawah tanah servis Mekanikal dan
Elektrikal (M&E), 6 tingkat Kompleks Sukan, 3 tingkat tempat letak kereta,
4 tingkat asrama, 1 tingkat M&E dan 1 unit tempat sampah iaitu Arena Sukan di Setapak (SkyArena Sports KL)
- Projek telah siap dan telah mendapat Certificate Of
Practical Completion (CPC) pada 16 Disember 2019 dan Certificate Of
Completion And Compliance (CCC) pada 22 Disember 2021.
