Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Damansara - Shah Alam Elevated Expressway (DASH)

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Kendali-Pindah (BOT)
Kementerian Kerja Raya (KKR)
RMKe-10
Kuala Lumpur
,
- Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH) menghubungkan Puncak Perdana di Shah Alam ke Penchala di bahagian barat laut Kuala Lumpur ialah sebuah lebuhraya bertingkat sepanjang 14.7km dari Damansara ke Shah Alam.
- DASH dibina dengan 90 peratus bertingkat dan hanya 10 peratus di atas tanah. Pembinaan DASH bermula pada Ogos 2016 dan telah siap pada September 2022.
- Lebuhraya DASH dilengkapi 2 plaza tol utama dengan 13 pertukaran iaitu Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang 2, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian. Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Pechala.
- DASH adalah lebuhraya Malaysia yang pertama dilengkapi penghadang bunyi lebuh raya tertutup sepenuhnya sepanjang 260 meter. Penghadang bunyi ini terletak berdekatan dengan simpang bertingkat yang disebut sebagai 'Spaghetti Link', rangkaian tujuh laluan yang menghubungkan DASH dengan lebuhraya sedia ada seperti Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Penchala Link.
- Plaza tol di DASH dibina berbeza berbanding plaza tol konventional dan ini memudahkan pelaksanaan system tol lebuhraya tanpa halangan (MLFF) pada masa hadapan. MLFF adalah sistem tol tanpa halangan yang menggunakan struktur gerbang tanpa bilik ataupun lorong yang ditentukan dan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.
