Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Pembangunan di Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
RMKe-10
Kota Kinabalu, Sabah
,
- Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dilengkapi dengan kemudahan terkini dengan kapasiti 400 buah katil, 22 buah wad pembedahan dan 145 buah klinik termasuk klinik pakar.
- HUMS berkonsepkan hospital pintar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi digital terkini termasuk rekod perubatan digital, integrasi antara peralatan perubatan dan bukan peralatan perubatan, bangunan, kelas dan dewan peperiksaan pintar yang akan menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran pelajar perubatan dan kejururawatan menerusi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS.
- Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan adalah termasuk khidmat rundingan dan rawatan doktor pakar, kecemasan dan trauma 24 jam, khidmat pakar ortodontik, pusat farmasi, pusat makmal diagnostik, dan pusat radiologi.
- Hospital ini dijadualkan siap pada tahun 2025.
