Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS
Penswastaan Projek Lebuhraya Lembah Kelang Timur (East Klang Valley Expressway (EKVE)

Perkhidmatan Kerajaan
Bina-Kendali-Pindah (BOT)
Kementerian Kerja Raya (KKR)
RMKe-10
Kuala Lumpur
,
- Lebuhraya EKVE adalah sebahagian daripada Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur dan dirancang untuk menjadi satu lorong berbayar dwi-lajur (dual carriageway) antara Bandar Sungai Long dan Ukay Perdana yang merangkumi kira-kira 39 km.
- Lebuhraya EKVE menggunakan sistem tol tertutup dan direka untuk menampung lima (5) plaza tol di setiap daripada lima pertukaran yang dirancang di sepanjang lebuh raya seperti berikut:
No. Pertukaran (Interchange) Menghubungkan (link) 1. Sungai Long ke SILK menghala ke selatan 2. Bandar Mahkota Cheras ke Persiaran Mahkota Cheras 3. Hulu Langat ke Jalan Hulu Langat 4. Ampang ke Jalan Lembah Jaya di Ampang 5. Ukay Perdana ke Ukay Perdana, dan MRRII dan
DUKE (secara tidak langsung)
- Lebuhraya EKVE berfungsi sebagai laluan alternatif kepada MRRII yang sesak dengan menyediakan laluan pintas dari utara ke selatan dan sebaliknya, tanpa perlu masuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ianya secara tidak langsung berupaya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Bandar Kuala Lumpur.
- Lebuhraya empat lorong dua hala ini dijangka dibuka secara berperingkat pada tahun 2025.
