Projek PPP Tandatangan Di Bawah UKAS

Pembinaan Kolej Kediaman bagi 5,184 Pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Perkhidmatan Kerajaan


Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)


RMKe-9


Perak


-

Pembangunan Kolej Kediaman daripada 5,184 Katil kepada 10,368 Katil di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah bertujuan untuk untuk menyediakan kemudahan asrama dengan kapasiti yang mencukupi dan selesa untuk pelajar.

 

  • Perjanjian konsesi telah ditandatangani dengan syarikat SV Suluh Budiman Sdn. Bhd. Pada 16 Disember 2009 untuk tempoh selama 27 tahun (termasuk 2 tahun tempoh pembinaan).

 

  • Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan kebajikan dan pengalaman pelajar di institusi pengajian tinggi adalah terjamin, selamat dan kondusif dengan kemudahan penginapan berada di dalam kampus.

 

SKOP

 

  • Cadangan pembangunan Kolej Kediaman di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris melibatkan pembinaan kampus baharu bagi menampung peningkatan kapasiti pelajar dan pensyarah melalui pembangunan 18 blok asrama pelajar lima tingkat tanpa lif yang disusun dalam tiga kluster (dua perempuan, satu lelaki), lengkap dengan kemudahan sukan dan rekreasi serta dua blok Kemudahan Pusat yang menyediakan fasiliti seperti medan selera, surau, dobi, minimart, dewan serbaguna dan kemudahan parkir.