🏢 Sumber Arkib
27.4.2024 : Kuala Lumpur : Ketua jabatan sektor awam peringkat Persekutuan dan negeri perlu melakukan pemeriksaan mengejut di jabatan masing-masing dengan laporan mengenainya perlu diserahkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam setiap enam bulan. Arahan terbaharu itu dinyatakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz melalui Surat Edaran Peningkatan Kualiti Penyampaian dan Perkhidmatan Yang Berintegriti bertarikh 18 April lalu. Berita Penuh
22.4.2024 : PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka. Berita Penuh
3.4.2024 : PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya berjimat-cermat dalam berbelanja terutama semasa menganjurkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri. Dalam hal ini, Perdana Menteri mahu Kementerian Kewangan menunjukkan contoh dan tidak perlu bersaing siapa lebih megah dalam penganjuran majlis itu. Berita Penuh
2.4.2024 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar Jumaat ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen. Berita Penuh
20.3.2024 : Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar 13 negeri seluruh Malaysia. Seri Paduka Baginda bertitah, sekiranya semua negeri dapat dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal. Berita Penuh
19.3.2024 : Putrajaya : Malaysia tidak berhasrat mengamalkan permusuhan atau anti dengan mana-mana negara dunia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, biarpun diajukan pelbagai soalan berhubung dasar luar Malaysia, tumpuannya adalah untuk memperbetulkan struktur dan ekonomi serta mengangkat kembali martabat negara. Berita Penuh
19.3.2024 : Putrajaya : Malaysia tidak berhasrat mengamalkan permusuhan atau anti dengan mana-mana negara dunia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, biarpun diajukan pelbagai soalan berhubung dasar luar Malaysia, tumpuannya adalah untuk memperbetulkan struktur dan ekonomi serta mengangkat kembali martabat negara.
19.3.2024 : PUTRAJAYA : Malaysia tidak bermusuhan dengan mana-mana negara sebaliknya mengamalkan dasar luar secara menyeluruh bagi menarik pelaburan dan memulihkan ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah negara kecil, Malaysia mahu lebih berkembang untuk menjaga kemaslahatan rakyat. Berita Penuh
Kemaskini Terakhir
Jumlah Pelawat
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768