🏢 Sumber Arkib
31.8.2023 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan mempertahankan hak setiap rakyat di negara ini tanpa ada yang dipinggirkan. Menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2023 semalam, Perdana Menteri menegaskan semua pihak harus menerima kenyataan bahawa perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan seperti hak dan keistimewaan Bumiputera serta Islam sebagai agama Persekutuan tiada sesiapa harus mempertikaikannya. Berita Penuh
21.8.2023 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memastikan keadilan dan keselesaan dinikmati semua kaum di negara ini, namun menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak wajar dipertikaikan. Justeru, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus mengangkat martabat dan mempertahankan agama Islam. Berita Penuh
3.8.2023 : Putrajaya : Jemaah Menteri semalam bersetuju secara prinsip dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk membangunkan semula Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pembangunan semula itu membabitkan kerjasama dengan pihak swasta iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) yang juga pemaju keseluruhan projek KL Sentral. Berita Penuh
28.7.2023 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melancarkan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai kerangka ekonomi baharu Malaysia bertujuan untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara. Perdana Menteri berkata, kerangka itu akan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara, sekali gus memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih bermutu. Berita Penuh
28.7.2023 : KUALA LUMPUR : Malaysia menyasarkan menjadi antara 30 kuasa ekonomi terbesar di dunia dalam pelan komprehensif yang diumumkan kerajaan bagi memastikan kekayaan negara dikongsi semua lapisan masyarakat. Rangka dan hala tuju Ekonomi Madani yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggariskan enam penanda aras lain yang akan mengembalikan status Malaysia sebagai kuasa ekonomi ulung di Asia. Berita Penuh
17.7.2023 : Ipoh : Jalur Gemilang kebanggaan negara dibawa menjelajah lebih 3,000 kilometer (km) ke seluruh pelosok negara oleh Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 yang bermula di Ipoh pagi semalam dan berakhir di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos depan. Konvoi itu adalah sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023. Berita Penuh
15.7.2023 : PUTRAJAYA : Kerajaan sudah membelanjakan RM188 bilion daripada RM388.1 bilion keseluruhan peruntukan Belanjawan 2023 setakat Jun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu meliputi 49 peratus daripada nilai peruntukan iaitu lebih tinggi berbanding tempoh sama dari tahun-tahun sebelumnya. Berita Penuh
8.7.2023 : Seremban : Kabinet pada mesyuaratnya minggu depan akan membincangkan keputusan untuk mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji itu dibuat berikutan tiada kenaikan diberikan bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji disemak adalah pada 2013. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertimbangan itu juga wajar dibuat selepas mengambil kira skim gaji penjawat awam ketika ini berada pada tahap rendah. Berita Penuh
21.6.2023 : PETALING JAYA : Malaysia menduduki tempat ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia, naik lima tangga daripada kedudukan ke-32 pada tahun lalu. Menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) IMD 2023, Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi dalam beberapa bidang utama iaitu dari segi harga di bawah sektor prestasi ekonomi, dasar percukaian di bawah sektor kecekapan kerajaan serta infrastruktur asas dan teknologi di bawah sektor infrastruktur. Berita Penuh
21.6.2023 : PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang dilaksanakan semua kementerian dan agensi sehingga ke peringkat negeri dan daerah dengan had nilai sebut ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000. Berita Penuh
Kemaskini Terakhir
Jumlah Pelawat
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768