🏢 Sumber Arkib
20.6.2024 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Contruction Company Ltd (CCCC) menjamin penyertaan kontraktor tempatan serta Bumiputera dalam pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Perdana Menteri berkata, projek bernilai lebih RM50 bilion itu juga perlu disempurnakan dengan pembabitan tenaga pekerja, perunding serta pembekal mencukupi daripada syarikat negara. Ketika ini, katanya, projek berkenaan sudah mencapai 67 peratus pelaksanaan dan perlu disiapkan segera. Berita Penuh
19.6.2024 : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan sedia memperbaiki kelemahan dalam penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan di Malaysia dan bersikap terbuka untuk terima sebarang cadangan untuk menambah baik inisiatif itu. Berita Penuh
11.6.2024 : Putrajaya : Tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku dan amalan rasuah penjawat awam di bawahnya sehingga tidak dilaporkan, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi Jun di sini, semalam, beliau berkata, agak mustahil bagi ketua jabatan atau ketua unit 'tidak tahu' atau menutup mata mengenai wujudnya kecurangan dalam pentadbiran masing-masing. Berita Penuh
9.6.2024 : Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak berganjak dalam pendirian pendirian untuk menjamin untuk menjamin kebebasan media di negara ini, namun menegaskan kebebasan itu tidak boleh digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian negara, termasuk menyentuh isu 3R iaitu Raja, agama dan kaum. Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa mendukung dan mempertahankan hak serta kebebasan media dalam memberi teguran dan kritikan, malah semangat itu kekal sejak prakemerdekaan negara. Berita Penuh
11.5.2024 : Kuala Lumpur : Projek pembangunan semua Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) akan bermula akhir tahun ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bagi melaksanakan projek itu. Berita Penuh
9.5.2024 : PUTRAJAYA : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Rumah Terbuka Madani Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri di sini, semalam. Ketibaan Sultan Ibrahim pada pukul 12.50 tengah hari disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof. Berita Penuh
8.5.2024 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peta dan landskap ekonomi Malaysia akan berubah ke arah lebih baik dan akan terus menjadi perhatian dunia dari segi pelaburan jika penjawat awam mengamalkan kecekapan dan nmelaksanakan tugas dengan pantas. Berita Penuh
7.5.2024 : Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti penjawat awam setimpal dengan pengiktirafan dan keyakinan yang diberikan kerajaan menerusi pelarasan gaji yang dibuat mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Perdana Menteri berkata, justeru itu, penjawat awam diminta mengenal pasti individu yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam. Berita Penuh
2.5.2024 : Putrajaya : Lebih 1.5 juta kakitangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan, antara kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara yang bakal menyaksikan pendapatan minimum merangkumi gaji dan elaun tetap melebihi RM2,000 sebulan. Berita gembira itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 bertema "Pekerja Kesuma Bangsa" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam dan akan diperincikan dalam Belanjawan 2025 yang dijangka dibentangkan Oktober depan. Berita Penuh
2.5.2024 : PUTRAJAYA : Berita baik kepada 1.6 juta penjawat awam apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan tersebut lebih 13 peratus berkuat kuasa 1 Disember tahun ini. Berita Penuh
Kemaskini Terakhir
Jumlah Pelawat
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768