🏢 Sumber Arkib
24.10.2024 : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor pembinaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebanyak 17.3 peratus sehingga September lalu. Perdana Menteri berkata, pencapaian berkenaan menandakan pertumbuhan dua angka pertama sejak 2014 dan membuktikan ketahanan serta kekuatan industri terbabit. Berita Penuh
19.10.2024 : KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM421 bilion tahun depan bagi mempertahankan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan subsidi untuk 85 peratus rakyat, menarik balik subsidi pendidikan, petrol RON95 dan kesihatan untuk golongan T15 terkaya, menaikkan gaji minimum serta tidak akan melaksanakan projek mega. Berita Penuh
19.10.2024 : Kuala Lumpur : Belanjawan 2025 dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan antara rancangan perbelanjaan terbaik negara yang sarat dengan inisiatif untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, pengagihan hasil negara secara adil dan menyeluruh serta memperkukuhkan ekonomi. Berita Penuh
19.10.2024 : KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM421 bilion tahun depan bagi mempertahankan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan subsidi untuk 85 peratus rakyat, menarik balik subsidi pendidikan, petrol RON95 dan kesihatan untuk golongan T15 terkaya, menaikkan gaji minimum serta tidak akan melaksanakan projek mega. Belanjawan 2025, terbesar dalam sejarah negara menyaksikan kenaikan gaji asas daripada RM1,500 kepada RM1,700 selain pengenalan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan. Berita Penuh
12.10.2024 : VIENTIANE : Malaysia sekali lagi diberi pengiktirafan menjadi pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 pada tahun depan. Peluang itu membolehkan Malaysia mengetuai rantau ASEAN dalam memperkukuhkan kerjasama dengan kuasa besar dunia, terutamanya dalam menangani cabaran dan global yang semakin mendesak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan ASEAN hampir enam dekad itu adalah atas dasar keamanan, kestabilan serta kemakmuran, justeru Malaysia selaku pengerusi akan meneroka dan meluaskan perkongsian ekonomi di luar sempadan. Berita Penuh
10.10.2024 : Beberapa projek infrastruktur yang kurang mendapat perhatian meluas dijangka berpotensi untuk dibentangkan dalam Belanjawan 2025 nanti. Menurut penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) yang dilancarkan pada September lalu menandakan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan perluasan infrastruktur dengan memanfaatkan sumber daripada sektor swasta. Berita Penuh
10.10.2024 : PETALING JAYA : Beberapa projek infrastruktur yang tidak pernah mendapat perhatian meluas dijangka berpotensi untuk dibentangkan di dalam Belanjawan 2025, menurut RHB Investment Bank Bhd. Penganalisisnya, Adam Mohamed Rahim berkata, Pelan Induk Perkongsian Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) yang dilancarkan pada September menandakan hasrat kerajaan untuk mempercepatkan pengembangan infrastruktur dengan memanfaatkan sumber sektor swasta. Berita Penuh
10.9.2024 : Cyberjaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap projek dalam Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) diterapkan prinsip tatakelola yang tetap, tegas dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang kecurangan. Perdana Menteri berkata, sebarang projek penswastaan juga perlu mengambil kira tiga perkara utama iaitu kadar upah, perumahan dan aspek pendidikan anak pekerja. Berita Penuh
10.9.2024 : CYBERJAYA : Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) 2030 menyasarkan untuk meningkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang. Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Muhammad Razman Abu Samah berkata, pelan itu turut meletakkan objektif untuk menjana sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM82 bilion. Pada masa sama, kata beliau, ia disasarkan untuk meningkatkan peluang pekerjaan sebanyak 900,000 pekerjaan menjelang tahun 2030. Berita Penuh
27.8.2024 : Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pelantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Pengerusi yang baharu, berkuat kuasa 1 September 2024. Mohd Zuki, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-15, akan menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020. Berita Penuh
Kemaskini Terakhir
Jumlah Pelawat
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768