soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Maklumbalas Pertanyaan

🏢 Kategori Arkib Arkib Maklumbalas Pertanyaan

Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
14.

Kamarol

Merujuk kepada perkara di atas, saya dengan ini mencadangkan agar tanah yang menempatkan kompleks JUPEM di jalan semarak dipindahkan ke tempat lain agar pembangunan swasta boleh dijalankan. dengan nilaian tanah sekaki RM490 dan keluasan tanah adalah 9ekar adalah amat berbaloi bagi pihak swasta mengemukakan cadangan pengambilan tanah berkenaan dan digantikan di tempat lain sepertimana yang berlaku ke atas Kem Sungai Besi yang dipindahkan ke sendayan negeri sembilan. saya mencadangkan agar kompleks jupem yang baru dibina di sendayan atau lukut negeri sembilan dengan bangunan dan kelengkapan yang baru serta dibina kawasan perumahan dan keutamaan boleh dibeli oleh kakitangan JUPEM berkenaan dengan diskaun tertentu sebelum tanah jupem di jalan semarak boleh ditukarmilik kepada pihak swasta. konsep yang sama seperti Bandar Malaysia sg besi. dengan pembangunan disekeliling kompleks jupem seperti kompleks felcra yang dalam pembinaan, cadangan pembinaan 3000 unit rumah kediaman felda dijalan semarak, projek semarak city oleh MRCB , dan cadangan pembangunan semula tanah kolej multimedia yang di pindahkan ke cyberjaya dan diambil oleh NAZA TTDI , kawasan tanah/kompleks jupem merupakan satu-satu tanah yang berpotensi besar untuk dibangunan di masa akan datang. oleh yang demikian diharapkan pihak ukas dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat kerana adalah tidak sesuai bagi kakitangan awam untuk bekerja di kawasan yang akan mengalami kepesatan projek mega di masa akan datang. disamping itu juga generasi baru kakitangan awam juga memerlukan rumah untuk tinggal dan tiada rumah yang termampu bileh dibeli di kawasan jalan semarak ini.
Salam Sejahtera En. Kamarol.

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan cadangan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan serta aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Untuk makluman, cadangan tuan telah pun dipanjangkan untuk perhatian pihak pengurusan tertinggi UKAS.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
13.

Mah Wai Hoong

Selamat sejahtera and pagi Tuan/Puan,

Saya ingin mengetahui format filing untuk dokumen-dokumen yang diperlukan oleh UKAS & Bank Pembangunan sebelum saya menyerahkan dokumen ini.

Harap boleh meneriam maklumbalas daripada Tuan/Puan secepat mungkin.
En. Ryder Mah.

Terima kasih kerana menghubungi saya sebentar tadi. Dari informasi yang diberikan oleh tuan, mohon untuk tuan menghubungi En. Mohamad Syakir Bin Abu Bakar, KPP Seksyen Dana PPP UKAS di talian 03-88805847 atau emel beliausyakir [AT] ukas.gov.my.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
11.

Visnu Bahwan


Salam 1 Malaysia,

YB. Datuk/ Datin/ Tuan/ Encik/ Puan/ Cik,

Saya Visnu Bahwan berkerja dengan housing developer. Saya ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan Dana Mudah Cara? Apa-apa syarat untuk memohon Dana ini?
Sekian Terima Kasih.
En Visnu Bahwan,

Untuk maklumat selanjutnya, mohon untuk menghubungi En. Mohamad Syakir Bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah (Kanan) Seksyen Dana PPP di talian 03-88805847.

Sekian, terima kasih.
Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
12.

Fania Ahmad

apakah tujuan utama website ini
Saudari Fania Ahmad,

Tujuan utama website ini adalah satu usaha Kerajaan ke arah
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui gerbang internet.

Selain itu, Portal UKAS ini juga memaparkan informasi mengenai 'core business' utama UKAS sebagai peneraju kerjasama awam swasta di Malaysia seperti PPP, Dana Mudahcara dan lain-lain.

Sekian, terima kasih.
Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
10.

Luqman Adrine Ja'afar


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai projek PPP di dalam sektor pengangkutan yang telah siap dan sedang dijalankan di Malaysia dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini?Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, saya memerlukan data ini untuk kajian saya dalam bidang pengangkutan di Malaysia. Terima Kasih.
W/Salam,

En Luqman,

Terima kasih kerana telah menggemukakan pertanyaan melalui Portal UKAS. Memandangkan pertanyaan tuan agak umum maka tuan dimohon untuk menghubungi Puan Azizatul Yusna Ahmed Yusuff, Ketua Penolong Pengarah (Kanan), Seksyen Dasar PPP UKAS ditalian 03-8880 5854.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

7653465
YesterdayYesterday22752
All_DaysAll_Days7653465

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2