soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Maklumbalas Pertanyaan

🏢 Kategori Arkib Arkib Maklumbalas Pertanyaan

Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
4.

Nafesa Ismail



Assalamualaikum Person-In-Charge, 

I am Nafesa Ismail, a first year PhD student at Kyoto University taking Global Environmental Studies in Urban Disaster Risk Reduction. 

I am trying to gather data especially on the PPP that involves or have some role in disaster risk reduction (DRR) in Malaysia. At the moment, I only found big conglomerates such as Petronas, Sime-Darby and OEM that were involved during the tsunami disaster in 2004. Apart from that, it is really hard to get private sectors who were involved. Would you mind giving me some directions on how I could get my hands on the PPP's involvements particularly in DRR? 

Hope you can assist me in this matter. Look forward to your kind reply.

Thank you. 
 
Assalamualaikum wbt.

Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk pertanyaan puan bertarikh 24.04.2015,

Memandangkan pertanyaan puan agak umum justeru saya memohon untuk puan menggemukakan pertanyaan puan secara lebih spesifik kepada Puan Azizatul Yusna Binti Ahmed Yusuff, Ketua Penolong Pengarah Kanan,Seksyen Dasar PPP UKAS di talian 03-88805854 atau emel azizatul [AT] ukas.gov.my

Sekian, terima kasih.
Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
3.

Tentumewah Sdn. Bhd.

Kami sebagai pemaju mahu tahu bagaimana caranya untuk memohon membina rumah untuk projek PPA1M. Tolong email borang-borang yang berkenaan.

Alamat kami adalah seperti berikut:

TENTUMEWAH SDN. BHD.
NO. 143, TINGKAT ATAS
JALAN KELAB CINTA SAYANG
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Tel: 04-448 5599 / 5598 Faks: 04-448 5597

PENGARAH: GOH AIK LAI
hp: 012-477 0829
 
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tuan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan mahu pun aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Memandangkan pertanyaan yang dikemukakan oleh pihak tuan adalah dibawah bidang kuasa Perbadanan Putrajaya (PPJ) maka pertanyaan tuan telah saya salinkan kepada pegawai aduan PPJ iaitu En Mohd Faisal Bin Abdul Wahab Chu, 03-88877152, m.faisal [AT] ppj.gov.my

Diharapkan sebarang pertanyaan mengenai PPA1M di masa akan datang dikemukakan terus kepada pihak PPJ.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.
Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
1.

Narulfadila Binti Taher

Salam,

Bagaimana cara untuk mendaftar syarikat sebagai vendor di jabatan ini daftar syarikat untuk membekal dan perkhidmatan.

terima kasih
 
Waalaikumusalam wbt & Salam Sejahtera.

Puan Narulfadila Binti Taher.

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan atau aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Mengenai pertanyaan puan, dimohon puan untuk menggemukakan profil syarikat kepada:-

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) 
Sesyen Khidmat Korporat & ICT
Unit Pentadbiran
Tingkat 2, Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya
(UP: Puan Kintan Abdul Rahman)
kintan [AT] ukas .gov .my / 03-88865889

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
2.

Mat Daud

Macam mana kalau saya mahu membuat permohonan tender?
 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

En. Mat Daud,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan melalui portal rasmi UKAS. 

Untuk makluman tuan, maklumat mengenai sebarang tender UKAS akan diiklankan di dalam Portal UKAS dan juga surat khabar nasional dengan menyatakan syarat-syarat bagi permohonan tender tersebut.

UKAS juga mengamalkan prosedur e-Dokumen Tender dan ianya dapat dicapai melalui alamat Portal UKAS seperti berikut; www.ukas.gov.my / https://edokumentender.ukas.gov.my/

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

9789470
YesterdayYesterday39785
All_DaysAll_Days9789470

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768

fbx fb fbtt2