soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Kategori

🏢 Kategori Arkib Arkib Maklumbalas Pertanyaan Maklumbalas Pertanyaan 8

Bil Pengguna
Pendapat/Cadangan/Pertanyaan
Maklumbalas Pertanyaan
8.

Kamarol Azmil bin Adzhan


Adalah dicadangkan lot 14263 Pelan Akui 100438 (Wisma JUPEM) di Jalan Semarak bersebelahan dengan Felda dan juga tapak menara Felcra, dibangunakan semula dengan menempatkan semula wisma & kompleks JUPEM di tempat lain seperti di cyberjaya, Bandar Enstek, Nilai. Ini kerana Tanah seluas 9 ekar ini sekiranya dibangunkan oleh pihak GLC kerajaan seperti TH Properties bersama- sama Felda boleh mendatangkan keuntungan kepada GLC berkenaan dan seterusnya kepada pendeposit Tabung Haji. Dicadangkan agar dibuat secara "land swap" dimana pemaju membina bangunan, monument, dan kemudahan di tempat/ kawasan lain sebelum mengambil Tanah berkenaan disamping memberikan kemudahan kepada kakitangan awam tersebut untuk membeli rumah dikawasan baru tersebut. Dicadangkan kawasan enstek, nilai, cyberjaya atau taman Sains Selangor 2 bersebelehan cyberjaya untuk dipindahkan wisma/kompleks JUPEM berkenaan. Ini merupakan langkah strategic sekiranya TH properties berminat dengan Tanah dilembah Klang terutamanya berhampiran dengan KLCC kerana projek2 GLC lain seperti menara Felcra, pembangunn semula Tanah felda di jalan semarak, kolej telekom, dan bersebelahan UTM jalan semarak akan meningkatkan profile Tanah dikawasan jalan semarak tersebut
Saudara Kamarol Azmil Bin Adzhan,

Terlebih dahulu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengemukakan cadangan melalui portal rasmi UKAS. Sesungguhnya segala cadangan, pandangan atau aduan yang dikemukakan oleh rakyat amatlah dialu-alukan dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan.

Cadangan saudara mengenai perkara ini akan diangkat untuk perhatian dan pertimbangan pihak tertinggi UKAS.

Sekian, salam hormat dan terima kasih.

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

6566568
YesterdayYesterday15051
All_DaysAll_Days6566568

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768