faq contact us feedbacks sitemap
logo Ukas

Sungai Besi - Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)

Sungai Besi - Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE)
Sector
Perkhidmatan
Model PPP
Bina-Kendali-Pindah (BOT)
Executor Ministry/Agency
Kementerian Kerja Raya (KKR)
Agreement Signed On
RMKe-10
Location
Kuala Lumpur
Project's Details/Achievement
  • Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sepanjang 24.4 kilometer mula dibina pada Ogos 2016 dengan tujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta menawarkan sistem penyuraian trafik yang efisyen. Bermula dari Sri Petaling ke Ulu Kelang dengan 14 persimpangan, tiga lorong dan dua laluan, SUKE menjangkau lebih 60 kawasan kediaman serta menghubungkan ke lebuh raya dan jalan raya utama di Kuala Lumpur.
  • Lebuhraya SUKE dibina oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS). SUKE disasarkan berupaya menjadi alternatif yang berdaya maju kepada MRR2 dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Cheras, Pandan Indah dan Ampang.
  • SUKE dijangka dapat mengurangkan 30% kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). SUKE akan melengkapkan rangkaian lebuh raya dan jalan raya berangkaian di dalam dan sekitar Lembah Klang serta Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya KL-Seremban (KL-SEREMBAN), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur sedia ada. (MRR2), Lebuhraya Cheras-Kajang (CHERAS-KAJANG), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).
  • Lebuhraya SUKE telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya dan mula dibuka kepada pengguna mulai 16 September 2022.

Last Updated

Total Visitors

6333028
YesterdayYesterday8436
All_DaysAll_Days6333028

Best viewed with IE version 11.0 & above, Mozilla Firefox version 6.0 & above, Safari 10.0 & above or Google Chrome 13.0 and above with a minimum 1280 x 768 resolution