faq contact us feedbacks sitemap
logo Ukas

Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kampong Pinang, Kota Samarahan, Sarawak

Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kampong Pinang, Kota Samarahan, Sarawak
Sector
Perkhidmatan
Model PPP
Bina-Pajak-Selenggara-Pindah (BLMT)
Executor Ministry/Agency
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Agreement Signed On
RMKe-9
Location
Kota Samarahan, Sarawak
Project's Details/Achievement
  • UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 merupakan kampus cawangan kedua Universiti Teknologi MARA yang terletak di negeri Sarawak. Kampus tersebut terletak di Kota Samarahan, iaitu kira-kira 20 kilometer daripada Bandaraya Kuching. Kampus tetap UiTM Cawangan Sarawak di Kota Samarahan ini dibangunkan secara kerjasama awam swasta bagi menggantikan kampus lama di Batu Lintang, Kuching yang telah ditubuhkan sekitar tahun 1973-74 juga merupakan antara universiti awam yang awal dibina di negeri Sarawak.
  • Projek dilaksanakan di atas tapak seluas 88 ekar. Pembinaan siap sepenuhnya pada 1 Oktober 2013 dan menyediakan kemudahan berkapasiti 4,000 pelajar merangkumi:
    1. Bangunan akademik seperti Fakulti Kejuruteraan Awam, Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Sains Gunaan, Sains Komputer dan Matematik, Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan Pengurusan Perniagaan;
    2. Blok asrama bagi 2,000 orang pelajar; dan
    3. Kemudahan lain seperti blok kuliah, perpustakaan, pusat pelajar, pusat kesihatan dan surau.
  • Pembangunan projek ini telah menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan memainkan peranan penting dalam membuka peluang pendidikan tinggi kepada komuniti berbilang kaum terutama bumiputera Sarawak dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Last Updated

Total Visitors

6331446
YesterdayYesterday8436
All_DaysAll_Days6331446

Best viewed with IE version 11.0 & above, Mozilla Firefox version 6.0 & above, Safari 10.0 & above or Google Chrome 13.0 and above with a minimum 1280 x 768 resolution