🏢 Sumber Arkib
12.10.2022 : Kuala Lumpur : Penjawat awam akan menggalas amanah dipertanggungjawabkan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta berpegang teguh kepada ikrar perkhidmatan awam dalam memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan kelmarin. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menegaskan jentera kerajaan juga akan dipastikan memberi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada semua dasar yang sudah diputuskan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus diutamakan. Berita Penuh
12.10.2022 : Kuala Lumpur : Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menuju ke Puncak Alam. Kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari dapat dikurangkan sehingga 39 peratus, manakala Jalan Sungai Buloh sebanyak 33 peratus dan Persiaran Surian sebanyak 43 peratus. Berita Penuh
12.10.2022 : Putrajaya : Hospital Cyberjaya akan beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu, dengan pengoperasian hospital diadakan secara berperingkat bermula 11 November ini. Berita Penuh
12.10.2022 : PUTRAJAYA : Hospital Cyberjaya akan beroperasi sebagai hospital pakar major yang dilaksanakan secara berfasa bermula 11 November ini. Sebanyak 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan ditawarkan di hospital berkenaan dan dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan. Berita Penuh
8.10.2022 : Kuala Lumpur : Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah belanjawan terbesar yang responsif, bertanggungjawab dan reformis selepas mengambil kira pandangan segenap lapisan rakyat serta situasi semasa persekitaran ekonomi global. Dengan tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama', Bajet 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 iaitu RM332 bilion, direncana selepas mengadakan lebih 200 sesi libat urus dengan industri dan pemegang taruh, mengkaji lebih 250 memorandum serta 12,000 cadangan awam. Berita Penuh
8.10.2022 : Kuala Lumpur : Bajet 2023 yang membawa pendekatan responsif, bertanggungjawab dan reformis menumpukan kepada setiap lapisan rakyat, sama ada di bandar atau di luar bandar, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, bajet itu juga sesuai dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama yang memperuntukkan kepada setiap kumpulan sama ada golongan B40, M40, belia, wanita, mahupun orang kelainan upaya (OKU). Berita Penuh
7.10.2022 : Kuala Lumpur : Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 45 peratus pekerja berkemahiran tinggi jika mahu bersaing dengan negara terkemuka dunia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan pekerja berkemahiran tinggi di Malaysia hanya mewakili 29.6 peratus. Justeru, beliau berkata, amat penting untuk negara merancakkan semula ekosistem teknologi dan inovasi, bukan saja menerusi bekalan bakat yang berterusan, tetapi juga berusaha mengurangkan 'brain drain' dalam kalangan bakat hebat tempatan. Berita Penuh
7.9.2022 : Putrajaya : Kerajaan akan menubuhkan Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam usaha memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Majlis SDG Negara yang dipengerusikannya semalam dan dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri; Menteri Kanan dan Menteri Persekutuan; Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan; Ketua Kluster Jawatankuasa Kerja SDG dan beberapa ahli Parlimen. Berita Penuh
7.9.2022 : Putrajaya : Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang bermesyuarat semalam membuat lima ketetapan untuk memacu Agenda Digital National. Ketetapan pertama membabitkan pembangunan satu Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) bagi menyokong ekosistem dron negara. Berita Penuh
7.9.2022 : PETALING JAYA : Kerajaan dalam usaha membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, industri dron di negara ini berpotensi menjana pertumbuhan RM50.71 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang 2030. Berita Penuh
Kemaskini Terakhir
Jumlah Pelawat
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768