🏢 Sumber Arkib
3.9.2022 : Alor Setar : Pemulihan negara dan ekonomi kekal menjadi keutamaan kerajaan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia ketika ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, usaha memulihkan negara hanya tercapai jika semua pihak memupuk, menyemai dan mempertahan ciri-ciri 'Keterangkuman', 'Kebersamaan' dan 'Kesyukuran' yang dimiliki. Berita Penuh
29.8.2022 : Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Rabu ini. Perdana Menteri berkata, atas rasa cinta kepada negara, Keluarga Malaysia harus terus bekerjasama dan bersatu padu bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara. Berita Penuh
8.8.2022 : Kuching : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memberi fokus kepada pembangunan untuk memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak. Beliau berkata, komitmen itu terbukti dengan peruntukan besar yang disalurkan bagi melaksanakan banyak projek pembangunan di negeri ini. Berita Penuh
8.8.2022 : KUCHING : Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menetapkan sasaran miskin tegar pada akhir tahun 2025 melalui Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama BMTKM di Bumi Kenyalang melibatkan empat lokaliti iaitu Gedong, Kampung Seberang Sebuyau, Kampung Spaoh dan Pakan. Berita Penuh
3.8.2022 : Kuala Lumpur : Sebanyak 90 projek dan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan serta inovasi (R&D dan C&I) dengan kos berjumlah RM5.6 bilion diluluskan untuk sektor inovasi negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, projek dan program terbabit diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Berita Penuh
31.7.2022 : PUTRAJAYA : Selepas dua tahun majlis sambutan Hari Kebangsaan terpaksa dilupakan akibat pandemik Covid-19, tahun ini seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dialu-alukan untuk bersama-sama menyemarakkan Hari Kebangsaan 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi memeriahkan lagi ketibaan Bulan Kebangsaan, rakyat juga diminta menghiasi semua premis dengan Jalur Gemilang. Berita Penuh
22.7.2022 : Kuala Lumpur : Sebanyak 30 projek bernilai kira-kira RM100 juta daripada 7,243 projek pembangunan yang diluluskan tahun ini diputuskan untuk ditangguhkan, dalam usaha melaksanakan langkah penjimatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kriteria projek yang ditangguhkan itu adalah projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan serta belum diiklankan. Selain itu, projek bukan keutamaan yang dikenal pasti, kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat serta projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak. Berita Penuh
1.7.2022 : Petaling Jaya : Konsep Tasamuh (toleransi) atau berlapang dada, ditekankan kerajaan supaya menjadi sebahagian amalan kehidupan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum dan agama, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan, meningkatkan solidariti serta mahabbah (kasih sayang sesama manusia) selaras konsep terbabit. Berita Penuh
1.7.2022 : PETALING JAYA : Bibit-bibit perpecahan mahu pun perselisihan faham dalam kalangan umat Islam di negara ini boleh ditangani jika terus berpegang kepada al-Quran dan sunnah. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan sebarang perbezaan pendapat perlulah diselesaikan secara berhemah dan beretika berdasarkan ajaran agama. Katanya, Islam sentiasa menyeru kebaikan, meningkatkan solidariti dan mahabbah selaras dengan konsep tasamuh yang bermaksud toleran atau berlapang dada. Berita Penuh
24.6.2022 : Bentong : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Kementerian Pengangkutan (MOT) berbincang dengan pihak berkepentingan bagi merangka kadar tambang perkhidmatan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang amat berpatutan. Perdana Menteri berkata, tambang itu seharusnya seperti kadar tambang perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mesra rakyat. Berita Penuh
Kemaskini Terakhir
Jumlah Pelawat
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768