14.1.2022 : Kuala Lumpur : Penjawat awam digesa berkhidmat dengan tulus ikhlas kepada rakyat dan semangat itu perlu sentiasa disuburkan untuk diwarisi generasi akan datang, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Pada perhimpunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terakhirnya di sini, semalam yang berlangsung secara maya sebelum bersara wajib pada 16 Januari ini, Mohd Khairul Adib berkata, pada masa sama, usaha perlu diteruskan untuk menambah baik perkhidmatan yang diberikan, selain berani untuk melakukan pembaharuan.
Berita Penuh
- Butiran