22.1.2024 : Kuala Lumpur : Semua penjawat awam pada peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan diarah melengkapkan program pembelajaran dalam talian 'AI Untuk Rakyat'. Program dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah bagi memastikan peningkatan kesedaran awam terhadap penggunaan teknologi termaju Kecerdasan Buatan atau AI. Arahan itu dinyatakan dalam surat edaran 'Pelaksanaan program 'AI Untuk Rakyat' Dalam Kalangan Penjawat Awam' bertarikh 17 Januari lalu yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Berita Penuh
- Butiran