soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Projek Utama PPP

🏢 Kategori Projek Utama PPP

PROJEK MENAIKTARAF HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) SECARA BUILD-LEASE-MAINTAIN-TRANSFER (BLMT)

 LATAR BELAKANG

Sektor : Perkhidmatan
Kaedah Pelaksanaan : Build - Lease - Maintain - Transfer (BLMT)
Kementerian/Agensi Pelaksana : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Lokasi : Lot 157 dan Lot 133, Section 21, Kuching Town Land, Daerah Kuching, Sarawak
Tempoh Mula Konsesi : RMKe-11

PENCAPAIAN/MAKLUMAT PROJEK

  • Skop projek melibatkan komponen berikut:
  1. Pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat, Medi Hotel, Day Care Centre (merangkumi Medical Daycare 33 katil dan Surgical Daycare 30 katil), makmal patalogi dan pusat darah;
  2. Pengurusan perkhidmatan dan pengurusan aset; dan
  3. Pengurusan operasi Medi Hotel dan tempat letak kereta.
  • Menambah dan mempertingkatkan fasiliti serta kemudahan sokongan sedia ada di Hospital Umum Sarawak; dan
  • Meluaskan skop perkhidmatan sedia ada seiring dengan perkembangan dalam bidang rawatan perubatan dan permintaan rakyat.

gallery 

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

 LATAR BELAKANG

Sektor : Perkhidmatan
Kaedah Pelaksanaan : Pertukaran Tanah 
Kementerian/Agensi Pelaksana : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Lokasi : Lot PT47175, Jalan PJU 10/1E, Damansara Damai, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling Jaya, Selangor
Tempoh Mula Konsesi : RMKe-11

PENCAPAIAN/MAKLUMAT PROJEK

  • Prestasi pembinaan projek sehingga Mei 2022 adalah sebanyak 8.64%.
  • Projek ini melibatkan pembinaan menara pejabat 15 tingkat, podium 3 tingkat bagi pelbagai ruang kemudahan dan 2 tingkat separa bawah tanah tempat letak kereta.
  • Kompleks pejabat ini akan memberikan kemudahan ruang bekerja yang lebih besar, moden dan sofistikated untuk operasi FINAS yang lebih berkesan dalam jangka masa panjang.

gallery 

PENSWASTAAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN (BGKP) ZON UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA

 LATAR BELAKANG

Sektor : Perkhidmatan
Kaedah Pelaksanaan : Kontrak Pengurusan
Kementerian/Agensi Pelaksana : Kementerian Kerja Raya
Lokasi : Zon Utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis)
Bilangan Bangunan : 16 (Zon Utara)
Tempoh Mula Konsesi : RMKe-11

PENCAPAIAN

  • Bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan, bangunan-bangunan gunasama persekutuan disenaraikan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur, Sabah dan Sarawak.
  • Bangunan-bangunan kerajaan persekutuan di Zon Utara diselenggara bersekali dan dilakukan secara konsesi mengunakan kaedah PPP.
  • Bangunan-bangunan ini diselenggara oleh syarikat konsesi yang memperoleh kontrak Penswastaan Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan bagi pengurusan menjaga bangunan-bangunan kerajaan ini supaya dapat terus digunakan untuk kemudahan rakyat.

 

PENSWASTAAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN (BGKP) BAGI ZON SABAH

 LATAR BELAKANG

Sektor : Perkhidmatan
Kaedah Pelaksanaan : Kontrak Pengurusan
Kementerian/Agensi Pelaksana : Kementerian Kerja Raya
Lokasi : Sabah
Bilangan Bangunan : 9 (Sabah)
Tempoh Mula Konsesi : RMKe-11

PENCAPAIAN

  • Bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan, bangunan-bangunan gunasama persekutuan disenaraikan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur, Sabah dan Sarawak.
  • Bangunan-bangunan kerajaan persekutuan di Zon Sabah diselenggara bersekali dan dilakukan secara konsesi mengunakan kaedah PPP.
  • Bangunan-bangunan ini diselenggara oleh syarikat konsesi yang memperoleh kontrak Penswastaan Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan bagi pengurusan menjaga bangunan-bangunan kerajaan ini supaya dapat terus digunakan untuk kemudahan rakyat.

 

PENSWASTAAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN ZON SELATAN DAN SARAWAK

 LATAR BELAKANG

Sektor : Perkhidmatan
Kaedah Pelaksanaan : Kontrak Pengurusan
Kementerian/Agensi Pelaksana : Kementerian Kerja Raya
Lokasi : Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) dan Sarawak
Bilangan Bangunan : 8 (Zon Selatan) dan 20 (Sarawak)
Tempoh Mula Konsesi : RMKe-11

PENCAPAIAN

  • Bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan, bangunan-bangunan gunasama persekutuan disenaraikan mengikut zon-zon yang telah ditetapkan iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur, Sabah dan Sarawak.
  • Bangunan-bangunan kerajaan persekutuan di Zon Selatan dan Sarawak diselenggara bersekali dan dilakukan secara konsesi menggunakan kaedah PPP.
  • Bangunan-bangunan ini diselenggara oleh syarikat konsesi yang memperoleh kontrak Penswastaan Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan bagi pengurusan menjaga bangunan-bangunan kerajaan ini supaya dapat terus digunakan untuk kemudahan rakyat.

 

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

6086305
YesterdayYesterday6044
All_DaysAll_Days6086305

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768