Profil Seksyen
Memastikan Dana Mudahcara diuruskan dengan cekap, profesional, telus, berhemah dan berintegriti.
- Menyediakan garis panduan Dana Mudahcara
- Mengurus peruntukan Dana Mudahcara (Facilitation Fund)
- Menilai projek-projek yang memerlukan pembiayaan Dana Mudahcara berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan
- Merunding dan mentadbir penjanjian berhubung Dana Mudahcara
- Mempromosikan Dana Mudahcara
- Butiran
Memastikan amalan dan prosedur yang seragam dalam perancangan dan pelaksanaan program/projek kerjasama awam swasta (PPP) berdasarkan dasar dan garis panduan yang digubal.
- Menggubal dan mengemas kini dasar berkaitan PPP yang komprehensif dari semasa ke semasa
- Menjalankan penyelidikan/kajian berterusan dan penambahbaikan program PPP
- Menyediakan Standard Operating Procedure dan Garis Panduan
- Memantau pelaksanaan kajian bagi program PPP
- Menjadi sumber rujukan bagi isu atau perkara-perkara yang menyentuh dasar penswastaan/PPP
- Mempromosikan program PPP
- Menjalinkan kerjasama dengan agensi tempatan dan antarabangsa
- Memberi khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan dan pihak awam mengenai program PPP
- Butiran
Memastikan bantuan khidmat sokongan dalam bidang pengurusan kewangan, sumber manusia, teknologi maklumat dan komukasi (ICT), pentadbiran, keselamatan, pengurusan aset dan logistik disediakan dengan cekap dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan supaya semua aktiviti jabatan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan berkualiti.
Memberi perkhidmatan sokongan yang merangkumi :
- Pengurusan dan pembangunan sumber manusia
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi ICT
- Pentadbiran
- Butiran
- Memastikan pegawai UKAS mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotism; dan
- Membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.
Seksyen Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh Jabatan untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Seksyen ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :-
- Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan. - Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi. - Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab. - Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi. - Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa. - Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
- Butiran
Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dalam masa yang ditetapkan dengan mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat kepada negara.
- Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk.
- Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian penswastaan, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan lain yang mana Kerajaan merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi.
- Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki.
- Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki.
- Menyertai rundingan perjanjian berkenaan dengan projek Kerajaan terutamanya projek penswastaan dan kerjasama awam swasta.
- Menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan adalah menurut kehendak undang-undang.
- Butiran