soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Arkib Perutusan Ketua Pengarah

🏢 Kategori Arkib Arkib Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Selamat datang ke laman web rasmi Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS).

Dasar persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1981 bagi tujuan menggalakkan kerjasama sektor awam dan sektor swasta di mana kedua-duanya bertindak dan beroperasi dalam sebuah "Syarikat Malaysia" di mana Dasar Penswastaan telah dilancarkan pada tahun 1983 sebagai usaha ke arah meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Pembiayaan Kewangan Swasta (PFI) telah diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Ke-9 bagi meningkatkan lagi penyertaan sektor swasta dalam meningkatkan lagi keberkesanan pembangunan negara dan perkhidmatan awam.

Justeru, UKAS telah diberi tanggungjawab dalam mengubal dasar dan strategi kerjasama awam swasta mengikut kesesuaian masa dan kedudukan ekonomi negara serta menguruskan peruntukan Dana Fasilitasi. UKAS juga merupakan urus setia kepada Jawatankuasa Penswastaan dan PFI yang dianggotai oleh pelbagai agensi bagi meneliti dan memperakukan cadangan-cadangan penswastaan untuk kelulusan Jemaah Menteri. Melalui laman web rasmi UKAS ini, kami menyediakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen berkepentingan awam seperti garis panduan bagi projek -projek penswastaan, PFI dan dana fasilitasi untuk rujukan dan makluman semua.

Untuk makluman bersama, UKAS juga merupakan penyelaras bagi pembangunan projek koridor di Malaysia iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Utara, Tenaga Boleh Baharu Koridor Sarawak (Score), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Adalah menjadi harapan UKAS agar laman ini menjadi salah satu sumber rujukan dan wadah utama dalam penyebaran maklumat serta informasi pembangunan negara kepada pihak berkepentingan dan mereka yang berminat.

Akhir kata, semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama, terutama dalam mengangkat martabat dalam pembangunan negara.

Laman ini juga meliputi keseluruhan aktiviti UKAS terkini untuk di kongsi bersama agar hubungan sektor awam dan swasta dapat dijalin & dieratkan lagi.

Sekian, terima kasih.


YBhg. Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa
Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Jabatan Perdana Menteri

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

6265370
YesterdayYesterday23767
All_DaysAll_Days6265370

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768