Bagaimanakah proses penilaian bagi setiap cadangan projek PPP ini dilaksanakan?
Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS) ditubuhkan untuk meneliti cadangan projek PPP yang dikemukakan kepada UKAS, JPM.JKAS terdiri daripada UKAS, JPM (Pengerusi), Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan agensi pelaksana. Tugas-tugas JKAS adalah seperti berikut:
- Berperanan sebagai jawatankuasa utama projek-projek kerjasama awam swasta;
- Membincangkan cadangan projek daripada Jawatankuasa Pemandu;
- Membuat keputusan mengenai cadangan projek untuk pertimbangan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta sebelum kelulusan Jemaah Menteri; dan
- Memuktamadkan rundingan syarat & terma perjanjian konsesi dengan pembida yang berjaya.
Posted 6 years agoby Super User
#8