Penswastaan
Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasar pembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasar Penswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Dasar Penswastaan telah dilancarkan pada tahun 1983 sebagai usaha ke arah meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Objektif utama dasar ini adalah untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kecekapan dan produktiviti, mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam ekonomi serta ke arah pencapaian matlamat penyusunan semula masyarakat dengan menggalakkan penglibatan masyarakat Bumiputera dalam sektor perindustrian dan perdagangan.