soalan lazim hubungi kami sistem maklumbalas peta laman
logo Ukas

Soalan Lazim UKAS Semasa PKP

Perintah Kawalan Pergerakan


Malaysia telah mengistiharkan Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2021 bagi membendung penularan pandemik Covid-19. PKP yang dibuat melalui Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Pencegahan Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [P.U. (A) 91/2020]. Dalam tempoh tersebut Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) juga tidak terkecuali dalam menyesuaikan dengan norma baharu. Berikut ialah soalan lazim berkaitan perkhidmatan penting UKAS semasa PKP:

UKAS dikategorikan sebagai perkhidmatan penting kerana meliputi rundingan yang melibatkan projek Kerjasama Awam Swasta/ Public-Private Partnership (PPP).

Was this helpful?
0

Waktu bekerja rasmi bagi warga UKAS semasa BDR ialah dengan memenuhi masa bekerja normal selama sembilan (9) jam iaitu mulai 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Semua pegawai dan kakitangan UKAS boleh di hubungi sama ada secara telefon atau e-mel. Tidak ada temujanji atau mesyuarat secara bersemuka.

Was this helpful?
0

Bagi tempoh PKP, semua perbincangan dan mesyuarat termasuk di peringkat Jawatakuasa Pemandu Projek (JPP) dan JKAS akan di buat atas talian. Bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), perbincangan atau mesyuarat JPP atau JKAS boleh dilaksanakan secara atas talian atau fizikal berdasarkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terkini disediakan oleh MKN. SOP tersebut boleh dimuat turun daripada laman sesawang rasmi MKN iaitu https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp

Was this helpful?
0

UKAS berfungsi seperti biasa. Syarikat swasta boleh mengajukan cadangan/ proposal berkaitan projek Kerjasama Awam Swasta kepada UKAS melalui surat atau e-mel.

Was this helpful?
0

Semua perolehan Kerajaan berjalan seperti biasa melainkan proses yang perlu dibuat secara bersemuka seperti penilaian tender RfP akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga SOP MKN membenarkan diadakan secara bersemuka. Sekiranya terdapat keperluan, JKAS boleh mempertimbangkan perlanjutan tempoh sah laku sesuatu tender Request For Proposal (RfP) yang berkaitan.

Was this helpful?
0

Sebarang pertanyaan syarikat mengenai projek Kerjasama Awam Swasta semasa PKP boleh dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Maklum Balas / Feedback Management System (FMS) di pautan fms.ukas.gov.my

Was this helpful?
0

Urusan operasi kewangan UKAS secara amnya berjalan seperti biasa dengan sedikit pengubahsuaian terhadap praktis norma baharu selaras dengan peraturan COVID-19. Khidmat sokongan kewangan tetap berterusan seperti biasa dan akan diberikan bila-bila masa ia diperlukan.

Was this helpful?
0

Tuntutan Urusan operasi kewangan UKAS secara amnya berjalan seperti biasa dengan sedikit pengubahsuaian terhadap praktis norma baharu selaras dengan peraturan COVID-19. Khidmat sokongan kewangan tetap berterusan seperti biasa dan akan diberikan bila-bila masa ia diperlukan.Perjalanan pegawai bagi menjalankan tugas-tugas rasmi tetap akan diproses pada waktu PKP ini seperti biasa. Dokumen tuntutan yang lengkap perlu diserahkan kepada Unit Kewangan, SKP tidak lewat daripada 10hb dalam bulan berikutnya untuk diproses. Walau bagaimanapun, pegawai boleh mengemukakan dokumen tuntutan secara atas talian (invois dalam sistem ePerolehan/ melalui emel kepada Unit Kewangan, SKP.

Was this helpful?
0

Bagi tempoh PKP, bil dan tuntutan pembayaran (Invois pembekal) tetap akan diproses seperti biasa pada waktu PKP ini. Dokumen tuntutan/ invois yang lengkap perlu diserahkan kepada Unit Kewangan, SKP mengikut aturan seperti biasa untuk diproses. Walau bagaimanapun, pembekal boleh mengemukakan dokumen tuntutan secara atas talian (invois dalam sistem ePerolehan/ melalui emel kepada Unit Kewangan, SKP.)

Was this helpful?
0

Selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 31 Mei 2021, semua Mesyuarat Pihak Berkuasa Melulus iaitu Lembaga Perolehan (LP) dan Jawatankuasa Sebutharga (JKSH) hendaklah ditangguhkan semasa tempoh Sekatan Pergerakan Penuh. Untuk maklumat lanjut, pembekal boleh merujuk Soalan Lazim Berkaitan Perolehan Kerajaan Berikutan Pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh - Total Lockdown (TLD) Fasa 1 Mulai 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 31 Mei 2021. Rujukan: https://ppp.treasury.gov.my/makluman/pindaan/563

Was this helpful?
0

Kemaskini Terakhir

Jumlah Pelawat

6265533
YesterdayYesterday23767
All_DaysAll_Days6265533

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 11.0 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 & ke atas, Safari 10.0 & ke atas atau Google Chrome 13.0 dan ke atas dengan resolusi minimal 1280 x 768