Apakah pendekatan yang digunapakai dalam pelaksanaan projek PPP?
Pendekatan yang diguna pakai adalah secara perancangan berpusat dan pelaksanaannya dipertanggungjawabkan kepada kementerian/agensi berkaitan. UKAS, JPM mengambil peranan aktif bagi menyelaras, memproses dan merunding suatu cadangan projek PPP sehingga peringkat perjanjian ditandatangani. Selepas peringkat tersebut, pengurusan kontrak serta pemantauan pelaksanaan projek akan diserahkan kepada kementerian/agensi yang diamanahkan oleh Jemaah Menteri.
Posted 6 years agoby Super User
#9