Apakah kriteria kelayakan syarikat dan peneraju untuk melaksanakan projek PPP?
- Peneraju utama SPV bagi projek PPP perlu mempunyai kedudukan kewangan yang mantap serta mempunyai sumber kepakaran pengurusan dan teknikal yang berkaitan;
- Syarikat SPV perlu membuktikan ia mempunyai keupayaan bukan sahaja untuk membina aset dan mengurus risiko tetapi juga menyelenggara aset tersebut; dan
- Syarikat SPV perlu mempamerkan tahap inovasi yang sesuai yang dapat menyumbang kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan serta memberi nilai ekonomik kepada pembeli perkhidmatan.
Posted 6 years agoby Super User
#3