Berita Harian : Tarif elektrik kekal
-
CreatedKhamis, 15 December 2022
-
Created byRafiqah binti Mohd Talhah
-
Last modifiedSelasa, 07 May 2024
-
Revised byRafiqah binti Mohd Talhah
-
Categories
15.12.2022 : Putrajaya : Memahami beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat, kerajaan semalam memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik bagi penggunaan domestik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat berasaskan pertanian serta pengeluar makanan. Bagaimanapun, kerajaan akan membuat semakan untuk menaikkan tarif elektrik membabitkan syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan memutuskan cadangan awal untuk menaikkan tarif elektrik khususnya untuk pengguna domestik dan beberapa industri tidak akan diteruskan selepas mengambil kira beban yang perlu ditanggung rakyat.
Berita Penuh