Berita Harian : RM372.3 bilion untuk Keluarga Malaysia Makmur Bersama
-
CreatedRabu, 12 October 2022
-
Created byRafiqah binti Mohd Talhah
-
Last modifiedRabu, 12 October 2022
-
Revised byRafiqah binti Mohd Talhah
-
Categories
8.10.2022 : Kuala Lumpur : Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah belanjawan terbesar yang responsif, bertanggungjawab dan reformis selepas mengambil kira pandangan segenap lapisan rakyat serta situasi semasa persekitaran ekonomi global. Dengan tema 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama', Bajet 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022 iaitu RM332 bilion, direncana selepas mengadakan lebih 200 sesi libat urus dengan industri dan pemegang taruh, mengkaji lebih 250 memorandum serta 12,000 cadangan awam.
Berita Penuh