Berita Harian : RM40 bilion bantu peniaga pulih
-
CreatedKhamis, 24 February 2022
-
Created byRafiqah binti Mohd Talhah
-
Last modifiedKhamis, 24 February 2022
-
Revised byRafiqah binti Mohd Talhah
-
Categories
22.2.2022 : Kuala Lumpur : Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) bernilai RM40 bilion yang dilancarkan semalam adalah sebahagian strategi induk Bajet 2022 untuk membantu sektor perniagaan terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor tidak formal untuk bangkit semula. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata inisiatif itu akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada semua sektor perniagaan, merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh setiap golongan usahawan.
Berita Penuh